Program Inclusive SME Ecosystem adalah tentang “Inovasi Inklusif” iaitu inovasi yang menyasarkan khalayak dan inovasi daripada golongan akar umbi”. Objektif Program Inclusive SME Ecosystem ialah untuk memupuk, mengenal pasti, memilih, menerima pakai, menambah nilai, membangunkan dan sentiasa memastikan inovasi inklusif dapat merapatkan jurang perbezaan di kalangan rakyat Malaysia dari segi pendapatan dan akses ke keperluan asas seperti pendidikan, kesihan, kemudahan asas, produktiviti, teknologi dan sistem pintar dan alam sekitar.