Terma & Syarat Penyertaan
- Peserta secara individu atau berkumpulan (Maksimum 4 peserta setiap kumpulan)
- Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan
- Terbuka juga kepada peserta pertandingan cabaran inovasi inklusif yeng terdahulu namun produk mestilah versi yang telah ditambahbaik dan disahkan oleh pihak penganjur.
- Jawatankuasa Penganjur memelihara hak menerima atau menolak penyertaan pertandingan tanpa memberi penjelasan.
- Para peserta boleh mendaftar penyertaan di laman sesawan cabaran inovasi inklusif mengikut tarikh penyertaan yang dibuka untuk setiap zon.
- Sebarang perubahan nama dan bilangan peserta harus dimaklumkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh tutup penyertaan.
- Produk yang belum menerima geran dari mana-mana agensi kerajaan adalah layak untuk menyertai pertandingan cabaran inovasi 2025.
- Penyertaan yang terpilih untuk dipertandingkan akan dihubungi melalui emel atau telefon 3 hari selepas penyertaan ditutup. Jika tiada makluman melalui emel atau telefon dalam tempoh tersebut, penyertaan dianggap tidak terpilih.
Peraturan Pertandingan
- Setia peserta hendaklah membuat pendaftaran pada hari pertandingan mengikut tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.
- Giliran pembentangan akan ditentukan ole sekretariat semasa pendaftaran.
- Peserta diberi masa selama 7 minit sahaja untuk membentangkan inovasi masing-masing di dalam bahasa melayu atau inggeris dan 3 minit untuk sesi soal jawab bersama pihak juri. Pihak juri berhak untuk mencelah/bertanya semasa sesi pembentangan inovasi.
- Keputusan panel juri adalah muktamad. Pihak penganjur berhak meminda/menambah/menolak apa-apa peraturan atau syarat bagi tujuan kelancaran dan kelangsungan pertandingan ini.
- Jawatankuasa penganjur tidak bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan barangan peserta.
- Para peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau ganti rugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
- Setiap peserta mesti mengikut kod etika pakaian syarikat/institusi masing-masing serta berpakaian sopan serta kemas dan berkasut.